Jenis wang Wang

Terdapat tiga jenis wang: wang komoditi, wang fiat dan wang kredit. Setiap jenis wang mempunyai kekuatan dan liabiliti ekonomi yang berbeza.

Wang komoditi

Wang komoditi ialah wang yang boleh digunakan sebagai medium pertukaran dan sebagai komoditi yang boleh didagangkan pada masa yang sama [5]. Mata wang berasaskan komoditi sering dilihat lebih stabil, namun nilainya masih boleh berubah. Contoh wang komoditi ialah emas, perak dan logam berharga lain.

Tiada wang yang sempurna walaupun emas adalah yang paling hampir. Emas bukanlah aset cairan memandangkan ia berkembang lebih kurang 4% untuk jual dan beli. Tambahan pula, emas kini adalah relatif kepada pasaran kecil dan harga emas boleh berubah sangat tinggi jika beberapa bilion dolar cuba untuk membeli emas. Walaupun emas itu sendiri tidak mereput, syiling emas mudah calar atau rosak ataupun dicairkan, dan ini akan mengurangkan nilainya dan mengurangkan juga kemampuan untuk keberkesanan atau penukaran syiling emas. Syiling emas sering dibuat dengan 10% tembaga untuk menambahkan ketahanannya seperti Kruggerrand, tetapi emas kini bukanlah selalunya 99.9% tulen mahupun .999 baik. Dari tahun 1980 hingga 2001, emas mempunyai nilai simpanan yang rendah dan tidak mempunyai nilai yang stabil apabila harga emas turun daripada $850 per auns kepada $255 per auns, dan ia juga diukur dalam dolar yang juga nilai rugi, maka pada ketinggian yang pada 1980 akan jadi lebih kurang $1600 per auns, tetapi nilai tepat adalah mustahil untuk diukur. Wang memanglah dijadikan ukuran dan timbangan yang jujur dan tulus tetapi tidak mudah mengukur nilai tukaran emas dengan dolar yang masing-masing berubah nilainya.

Pada tahun-tahun 1500 dan 1600-an, emas dan perak dijumpai dalam kuantiti yang banyak di Dunia Baru dan dibawa pulang ke Eropah untuk ditukar menjadi syiling. Disebabkan lambakan ini, nilai membeli syiling emas turun antara 60% hingga 80%, dalam kata lain harga barangan lain, kerana bekalan barang untuk dijual tidak dapat bersaing dengan peningkatan bekalan wang [6]. Tambahan lagi, nilai relatif perak terhadap emas turut jatuh [7]. Namun kelebihan emas dan perak ialah bekalannya tidak dapat ditambah sewenang-wenang oleh bank pusat.

Satu lagi ciri wang komoditi ialah nilai dagangan komoditi tersebut boleh jadi lebih tinggi dari nilai perantara pertukaran. Apabila ini terjadi, orang akan meleburkan syiling untuk dijual semula seperti yang terjadi di Amerika Syarikat.

Wang fiat

Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan [5]. Walaupun dipanggil dan dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.

Wang fiat menyelesaikan beberapa masalah wang komoditi. Wang kertas lebih mudah disimpan dan diangkut berbanding ketulan emas dan perak. Buku cek dan urus niaga elektronik memudahkan lagi pertukaran.

Namun kegagalan besar wang kertas (dan syiling) adalah sebagai nilai simpanan. Dolar Amerika Syarikat (atau Nota Simpanan Persekutuan) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang kertas sering kehilangan nilainya melalui inflasi, kerana wang kertas sentiasa diisukan atau dikeluarkan. Wang kertas turut mempunyai kekusutan apabila pengeluar wang kertas tidak boleh membuat pertukaran dengan janji untuk membayar dengan emas atau perak. Kekusutan pertama Nota Simpanan Persekutuan adalah pada 1933 apabila rakyat Amerika tidak boleh lagi menebus atau menukar dolar kepada emas pada $20 per auns. Kegagalan kedua pula pada adalah pada 1971 apabila orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus nota untuk emas pada kadar $35 per auns. Pada 2006, nilai dolar telah merudum kepada lebih kurang $700 per auns.

Wang fiat, terutamanya dalam bentuk kertas dan syiling, mudah rosak atau hilang. Namun kelebihannya terhadap wang komoditi ialah undang-undang yang mencipta wang fiat juga menyatakan bahawa wang yang rosak atau binasa boleh diganti semula. Sebagai contoh, kerajaan AS akan menggantikan wang kertas yang cacat atau rosak sekiranya sekurang-kurangnya separuh wang itu dapat disusun semula [8]. Disebabkan wang kertas amat mudah rosak, sesetengah kerajan seperti Malaysia, New Zealand dan Singapura mula menggunakan wang plastik.

Satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang (kerajaan) yang mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut serta.

Wang kredit

Wang kredit merupakan tuntutan terhadap orang (sama ada dari segi fizikal atau undang-undang) yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan [5]. Perbezaan besar wang kredit berbanding wang komoditi dan fiat ada dua: ia tidak dapat dibayar dengan segera apabila dituntut dan terdapat sedikit unsur risiko nilai bayaran akan tidak sama dengan nilai yang dipersetujui semasa belian.

Risiko ini perlu ditanggung kedua-dua pembeli dan penjual. Pembeli mungkin tidak dapat (atau tidak mahu) membayar. Sekiranya ini berleluasa, pembekal dan pemberi khidmat tidak dapat terus menghasilkan barangan atau menawarkan perkhidmatan. Ini akan mengurangkan bekalan dan meninggikan harga, dan mungkin mencetuskan stagflasi. Dalam kes ekstrem, ia boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi. Sebagai contoh, amalan ingkar terhadap wang kredit dianggap sebagai antara sebab utama Kemelesetan Besar pada 1930-an [9].

Risiko kedua ialah masa. Wang kredit merupakan janji untuk pembayaran akan datang. Jika kadar faedah tidak dapat mengimbangi kadar inflasi (atau deflasi) dan nilai masa wang, penjual akan menerima nilai wang yang kurang berbanding yang sepatutnya. Begitu juga sebaliknya.

Rujukan

WikiPedia: Wang http://www.amosweb.com/cgi-bin/awb_nav.pl?s=wpd&c=... http://www.bloomberg.com/markets/currencies/fxc.ht... http://www.economist.com/markets/bigmac/displaySto... http://www.etymonline.com/index.php?term=money http://www.financialsense.com/editorials/morgan/07... http://www.bu.edu/wcp/Papers/Econ/EconShep.htm http://www.federalreserve.gov/pf/pdf/pf_2.pdf http://www.bep.treas.gov/section.cfm/8/39 http://www.bis.org/publ/work137.htm http://www.econlib.org/library/mises/msT1.html